PENTERNAK ikan sangkar di Kampung Terlang, Paloh Hinai, Saleh Hudin Osman, 45,  dibantu pekerjanya terpaksa memindahkan ikan yang dibela untuk dibawa ke sangkar ikan milik rakannya di Tanjung Pulai, Pulau Manis berikutan keadaan sungai Pahang yang semakin cetek disebabkan fenomena El Nino. FOTO Luqman Hakim Zubir

Syah Rul Aswari Abdullah

Temerloh: Kerajaan akan mengagihkan satu juta benih ikan tilapia dan patin akan diagihkan kepada penternak ikan sangkar dan kolam di seluruh negara selepas fenomena El Nino berakhir .

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia akan diagihkan menerusi Jabatan Perikanan negeri.

Beliau berkata, seramai 332 pengusaha ternakan ikan sangkar dan kolam dikenalpasti terjejas akibat cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

"Setakat ini, kita menjangka nilai kerugian mencecah RM7 juta dengan kebanyakan pengusaha terjejas berasal dari Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat sangkar ikan di Kampung Teluk Ira dan Kampung Bangau Parit di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 3:54 PM