FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Shamsul Munir Safini


Butterworth: Pelajar perempuan, 16, maut manakala lima lagi cedera termasuk seorang koma dalam kemalangan babitkan empat motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), jam 2.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa maut ditempat kejadian, manakala rakan perempuannya serta empat lagi remaja lelaki berusia 17 hingga 24 tahun cedera termasuk seorang koma.

Mangsa, Nur Athirah Shahrin yang menunggang motosikal bersama rakannya Nurhafiza Nor Azhar, 16, dalam perjalanan dari plaza tol BORR menghala ke Butterwoth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, ketika di Kilometer 7.5, motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan beberapa motosikal lain.

"Mangsa gagal mengawal motosikalnya menyebabkan dia terbabas bersama tiga motosikal lain di situ.

"Nur Athirah maut akibat parah di bahagian dada dan badan, manakala rakannya cedera di tangan kanan," katanya di sini, tadi.

Difahamkan, mangsa menunggang dengan laju, namun gagal mengawal motosikalnya selepas bergesel dengan beberapa motor lain.

Mayat mangsa termasuk mereka yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 2:45 PM