SATU lagi projek seni menarik Andrea.
SATU lagi projek seni menarik Andrea.
LUKISAN bibir Andrea yang diilhamkan dari karya popular bertajuk The Great Wave Off  Kanagawa.
LUKISAN bibir Andrea yang diilhamkan dari karya popular bertajuk The Great Wave Off Kanagawa.
WARNA hitam dan daun emas pada bibir dipadankan dengan kuku.
WARNA hitam dan daun emas pada bibir dipadankan dengan kuku.
ANDREA menggunakan cecair gincu dan warna kalis air untuk mengubah bibirnya menjadi sarang lebah lengkap dengan titisan madu.
ANDREA menggunakan cecair gincu dan warna kalis air untuk mengubah bibirnya menjadi sarang lebah lengkap dengan titisan madu.
BIBIR dengan corak daun.
BIBIR dengan corak daun.
ANDREA melekatkan tali berwarna oren pada bibirnya.
ANDREA melekatkan tali berwarna oren pada bibirnya.
Agensi

Artis solekan dari Kanada ini memukau pengguna media sosial dengan gambar bibirnya yang dilukis menjadi karya seni yang menakjubkan.

Andrea Reed atau lebih dikenali sebagai Girl Grey Beauty dalam kalangan 128,000 pengikut Instagramnya membuat pelbagai lukisan menarik pada bibirnya.

Antara hasil seni popularnya adalah lukisan ombak di bibir yang diadaptasikan dari hasil karya pelukis Jepun, Katsushika Hokusai yang bertajuk The Great Wave Off Kanagawa.

Artis dari Victoria itu mengenakan solekan pada bibirnya dengan mengubah ia menjadi corak dan lukisan menarik.

Lukisan berkenaan sering mendapat ‘like’ sehingga 7,000 dari pengikut Instagramnya.

Menggunakan alat solek palet yang banyak dan berus halus, Andrea mampu melukis bentuk dengan sangat terperinci dengan garis halus di bibirnya, yang kemudian diterangkan lagi dengan warna bertenaga.

Tidak hanya menyimpan rahsia itu sendiri, Andrea turut memuat naik video tutorial supaya pengikutnya boleh mencipta semula penampilan unik itu.

“Seni bibir amat menyeronokkan kerana ia umpama satu cabaran.

“Untuk menghasilkan sesuatu yang saya suka, di atas `kanvas’ yang kecil dan rumit ini sangat memuaskan.

“Malah pengikut saya juga seolah-olah sukakannya!,” katanya.

Satu imej yang menonjol, menunjukkan bibir Andrea diubah menjadi sarang lebah lengkap dengan imej titisan madu.

Andrea jelas tidak takut untuk bereksperimen dengan sebarang peralatan terpakai, buktinya satu imej menunjukkan dia melekatkan tali berwarna oren pada bibirnya.

Banyak gambar menunjukkan Andrea memadankan warna lukisan pada bibir sama dengan kukunya.

Satu gambar menunjukkan dia mewarnakan kuku dan bibirnya dengan warna hitam dan daun emas.

Tetapi Andrea bukan satu-satunya orang yang menjadikan seni itu sebagai trend.

Baru-baru ini, Instagram dibanjiri gambar bibir pelangi yang mendapat pujian daripada pengguna media sosial untuk rekaan alternatif dan corak aneh.

Seorang jurugambar, Jill baru-baru ini berkongsi gambar memukau seperti matahari terbit di bibirnya.

Artis seni yang dikenali sebagai GrinandDagger turut mengikuti trend itu dengan rekaan Puteri Disney.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 8:54 AM