Paolo pada majlis pengebumian Cesare. Cesare (kiri) sewaktu mengendali skuad Piala Dunia Paraguay pada Piala Dunia 2002 di Korea Selatan/Jepun. FOTO REUTERS/AFP
Paolo pada majlis pengebumian Cesare. Cesare (kiri) sewaktu mengendali skuad Piala Dunia Paraguay pada Piala Dunia 2002 di Korea Selatan/Jepun. FOTO REUTERS/AFP

Milan: Ahli keluarga dan bekas pemain handalan AC Milan hadir pada upacara pengebumian bekas jurulatih Itali Cesare Maldini, hari ini.

Ia dihadiri oleh anak Cesare, Paolo yang juga bekas kapten Milan disertai oleh Andriy Shevchenko, Clarence Seedorf, Massimo Ambrosini dan Daniele Massaro di Sant'Ambrogio Basilica.

Bekas presiden Milan Silvio Berlusconi serta bekas kapten Inter Milan Javier Zanetti turut hadir.

Cesare, bekas pemain dan jurulatih Milan meninggal dunia pada usia 84, Ahad lalu.

Luigi Di Biagio yang gagal menyudahkan sepakan penalti ketika skuad Itali dibimbing Cesare tersingkir di suku akhir Piala Dunia 1998 kepada juara dunia Perancis, masih mengingati ucapan minta maaf setiap kali bertemu bekas jurulatihnya itu.

Di Biagio, kini menjadi jurulatih B-21 Itali berkata: "Dia sentiasa memeluk saya dengan senyuman." AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 8:31 PM