Penampilan bertudung tidak jejas Sherry dalam program Gempak Superstar. FOTO NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ
Penampilan bertudung tidak jejas Sherry dalam program Gempak Superstar. FOTO NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon Sherry Ibrahim yang tampil berhijab sejak semalam menjelaskan perkara itu tidak menjejaskan pembabitannya dalam program Gempak Superstar pada Ahad ini.

Menurut Sherry, dia sudah memaklumkan berkenaan penghijrahannya kepada pihak terbabit awal pagi tadi.

Jelasnya, menerusi promo program itu dia belum bertudung dan berharap penonton tidak salah faham.

Kata Sherry lagi, dia terpaksa mengubah semula rekaan baju yang bakal digayakan dalam Gempak Superstar agar selari dengan penghijrahan yang dilakukan.

Terdahulu, berita penghijrahan itu dikongsi pelakon drama Teduhan Kasih ini sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-33 semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 8:55 PM