Kuala Lumpur: Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei meneruskan rentak cemerlang di Grand Prix Emas Terbuka Macau apabila melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan pasangan Indonesia, Keshya Nurvita Hanadia-Devi Tika Permata Sari semalam.

Vivian-Khe Wei, pilihan ketiga kejohanan menang 21-8, 21-16. Menanti mereka di separuh akhir hari ini pasangan China, Yu Xiaohan-Dongni Ou yang mengejutkan beregu Korea Selatan, Eom Hye Won-Yoo Hae Won 21-12, 21-5.

Satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan pilihan keenam dari China Huang Yaqiong-Zhong Qianxin yang bertemu pilihan kedua Duanganong Aroonkesorn-Kuncala Voravichitchaikul dari Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:07 AM