Ahli Persatuan Pengusaha Kilang Perabot Muardan Persatuan Industri Semaian Johor  menunjukkan kain rentang menuntut tenaga pekerja asing berikutan kekurangan tenaga pekerja di kawasan Perindustrian Bakri Batu 8, Muar. FOTO Badrul Kamal Zakaria
Ahli Persatuan Pengusaha Kilang Perabot Muardan Persatuan Industri Semaian Johor menunjukkan kain rentang menuntut tenaga pekerja asing berikutan kekurangan tenaga pekerja di kawasan Perindustrian Bakri Batu 8, Muar. FOTO Badrul Kamal Zakaria
Ibrahim Isa


Muar: Empat belas kilang perabot di Muar terpaksa ditutup sejak beberapa bulan lalu berikutan kekurangan pekerja.

Wakil gabungan Persatuan Pengusaha Kilang Perabot Muar dan Persatuan Industri Semaian Johor Keh Wee Kiet berkata, sehubungan itu, pihaknya merayu kerajaan menimbang semula penangguhan pengambilan pekerja asing.

Katanya, masalah berlaku disebabkan rakyat Malaysia tidak berminat untuk bekerja di sektor berkenaan.

"Walaupun kami menawarkan gaji lebih tinggi berbanding pekerja asing, rakyat Malaysia masih tidak berminat kerana terpaksa bekerja dalam suasana kotor dan berbahaya€Ž

"Berikutan itu, kami merayu kerajaan mempertimbangkan penangguhan pengambilan pekerja asing kerana ia bukan saja menyebabkan operasi kilang tidak dapat beroperasi secara maksimum malah ada yang terpaksa ditutup," katanya pada sidang media di Kawasan Perindustrian Bakri, Batu 8 di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Industri Semaian Johor, Tee Chee Siong dan kira-kira 300 wakil pengusaha dua persatuan itu.

Menurutnya, selain 14 kilang perabot terpaksa ditutup, pengusaha lain terpaksa menolak tempahan tambahan berikutan kekuranganpekerja. €Ž

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 3:27 PM