Barisan menteri kabinet, termasuk  Aung San Suu Kyi mengangkat sumpah di depan Speaker Parlimen Mahn Win Khine. - Foto AFP
Barisan menteri kabinet, termasuk Aung San Suu Kyi mengangkat sumpah di depan Speaker Parlimen Mahn Win Khine. - Foto AFP
Presiden baru Myanmar, Htin Kyaw (kiri) berjalan bersama Aung San Suu Kyi (tengah) untuk menghadiri upacara mengangkat sumpah di bangunan Parlimen. - Foto AFP
Presiden baru Myanmar, Htin Kyaw (kiri) berjalan bersama Aung San Suu Kyi (tengah) untuk menghadiri upacara mengangkat sumpah di bangunan Parlimen. - Foto AFP
Presiden baru Myanmar Htin Kyaw (kiri) menerima mohor presiden daripada bekas Presiden Thein Sein ketika majlis penyerahan kuasa di Istana Presiden di Naypyitaw, hari ini. - Foto EPA
Presiden baru Myanmar Htin Kyaw (kiri) menerima mohor presiden daripada bekas Presiden Thein Sein ketika majlis penyerahan kuasa di Istana Presiden di Naypyitaw, hari ini. - Foto EPA
AFP

Naypyidaw, Myanmar: Myanmar memasuki era baru hari ini apabila parti demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi mengambil alih kuasa selepas 50 tahun negara itu diperintah junta tentera.

Htin Kyaw mengangkat sumpah sebagai presiden Myanmar menggantikan pemerintah junta, Jeneral Thein Sein yang sebelum ini menjanjikan reformasi membolehkan pilihan raya demokrasi diadakan di negara itu.

Suu Kyi, 70, yang tidak dibenar menjadi presiden mengikut undang-undang yang digariskan perlembagaan junta, mengumumkan beliau yang akan menerajui kerajaan manakala Htin Kyaw hanya sebagai proksi.

Htin Kyaw mengangkat sumpah sebagai presiden di bangunan Parlimen hari ini selepas parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Suu Kyi menang besar, menguasai 80 peratus kerusi Parlimen dalam pilihan raya November lalu.

Namun tentera menguasai suku kerusi Parlimen serta memegang tiga jawatan dalam kabinet manakala Suu Kyi turut memegang beberapa jawatan dalam kabinet, termasuk menteri luar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 4:23 PM