ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa letupan di Lahore. FOTO AFP
ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa letupan di Lahore. FOTO AFP
Reuters

Lahore (Pakistan): Sekurang-kurangnya 52 orang maut manakala kira-kira 150 orang cedera selepas pengebom meletupkan diri di taman awam di sini, pada Ahad.

Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta Taman Gulshan-e-Iqbal yang terletak beberapa meter berhampiran buaian kanak-kanak.

Superintendan polis, Mustansar Feroz, berkata, ramai yang maut atau cedera terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Rakaman media menunjukkan ramai kanak-kanak menangis dan menjerit manakala anggota penyelamat, polis dan orang awam membawa mangsa cedera ke ambulans atau kereta persendirian.

Belum ada mana-mana pihak yang mengambil tanggungjawab bagi kejadian ini. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 12:14 AM