NAJIB bersalaman dengan penduduk ketika tinjauan mesra di Taman Muhibbah Kanowit. FOTO Nadim Bokhari
NAJIB bersalaman dengan penduduk ketika tinjauan mesra di Taman Muhibbah Kanowit. FOTO Nadim Bokhari
Shamran Sarahan

FOTO Nadim Bokhari

Kanowit: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan RM800 juta bagi meningkatkan kecekapan sistem perhubungan, termasuk 'missing link' (laluan terputus) dan laluan pintasan di wilayah tengah, Sarawak membabitkan kawasan sekitar Kanowit hingga ke Kapit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, perbelanjaan itu akan membabitkan pembinaan jalan baru, melebarkan jalan sedia ada dan pembinaan jambatan yang keseluruhannya sepanjang 101.9 kilometer, dijangka akan siap sepenuhnya pada 2018.

Menurut beliau, komitmen itu membuktikan kemampuan kerajaan, selain peningkatan sistem perhubungan ini akan membuka jalan untuk membuka ekonomi penduduk di kawasan luar bandar.

"Apabila ia siap dalam tempoh dua tahun lagi, ia akan menjurus kepada masa depan yang jauh lebih baik kepada penduduk.

"Semua ini dapat dilaksanakan kerajaan walaupun ekonomi global tidak menentu dan mengancam kita dengan kejatuhan harga minyak, namun tetap dapat dilaksanakan, tambahan pula disokong dengan perolehan pendapatan kerajaan hasil pungutan cukai barang dan perkhidmatan (GST)," katanya ketika Program Tinjauan Mesra Bersama Penduduk di Taman Muhibbah di sini, hari ini.

Beliau turut diiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi yang juga Ahli Parlimen Kapit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 3:51 PM