GOETZE (dua kiri) menjalani latihan bersama pasukan Jerman menjelang pertemuan dengan England.
GOETZE (dua kiri) menjalani latihan bersama pasukan Jerman menjelang pertemuan dengan England.
AFP

Berlin: Jurulatih Jerman Joachim Loew menegaskan beliau bercadang membawa Mario Goetze ke Kejohanan Eropah di Perancis Jun ini, sekalipun Pep Guardiola terus meletakkan pemenang Piala Dunia itu di bangku simpanan Bayern Munich.

Kelmarin, akhbar harian Jerman Bild mendakwa bekas kelab Goetze Borussia Dortmund merancang untuk membeli semula pemain itu dari Bayern hujung musim ini, selepas dia menyertai kelab Munich itu dengan harga 37 juta euro (RM166 juta) pada 2013.

Goetze, golnya membantu kemenangan Jerman pada final Piala Dunia 2014, gagal berada dalam kesebelasan utama di Bayern dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Dia hanya melakukan lapan penampilan liga dalam kempen dibelenggu kecederaan di bawah Guardiola musim ini.

Sekalipun kecederaan pangkal paha yang menyaksikannya diketepikan dari Oktober hingga Februari lalu sudah pulih, bos Bayern Guardiola mengetepikannya bagi perlawanan utama Bundesliga dan Liga Juara-Juara, sekali gus mencetus spekulasi kepulangan Goetze ke Dortmund.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 8:06 AM