Lima belas rakyat Malaysia yang dicuba menyeludup dadah jutaan ringgit dari Thailand dipamerkan kepada media bersama dadah yang dirampas oleh polis Thailand di Bangkok, hari ini. - Foto BANGKOK POST
Lima belas rakyat Malaysia yang dicuba menyeludup dadah jutaan ringgit dari Thailand dipamerkan kepada media bersama dadah yang dirampas oleh polis Thailand di Bangkok, hari ini. - Foto BANGKOK POST
AFP

Bangkok: Seramai 15 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand kerana cuba menyeludup keluar dadah jenis heroin dan methamphetamine bernilai bernilai 300 juta baht (kira-kira RM34 juta) menggunakan kereta api.

Menurut polis Thailand, nilai dadah yang dibawa dari utara Thailand ke Butterworth, Pulau Pinang, itu akan meningkat 10 kali ganda selepas dibawa keluar dari Thailand oleh kumpulan terdiri daripada keturunan Cina dan Melayu itu.

“Kumpulan itu memilih kereta api untuk menyeludup dadah berkenaan bukannya kereta yang menghadapi risiko diperiksa di banyak sekatan jalan raya dan pusat pemeriksaan,” kata ketua Biro Siasatan Pusat Thailand, Leftenan Jeneral Thitiraj Nhongharnpitak.

Polis yang mendapat maklumat, menahan dua lelaki semalam yang didapati memiliki 23 kilogram methamphetamine dalam sebuah kereta api dari Bangkok ke Butterworth, membawa kepada beberapa serbuan di sepanjang laluan kereta api itu dan menahan 12 orang lagi ditahan bersama 226 kilogram methamphetamine serta lapan kilogram heroin.

Mereka ditahan di Stesen Hua Hin, Stesen Prachuap Khiri Khan dan Surat Thani serta Stesen Chumphon.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 3:31 PM