Kabul: Menteri Dalam Negeri Afghanistan semalam berkata, seorang warga Britain adalah antara lima yang maut dalam serangan berani mati ke atas kenderaan kedutaan di Kabul.

Jurucakapnya, Seddiq Sediqqi berkata, pemandu kenderaan itu - seorang rakyat tempatan - antara empat warga Afghanistan yang terbunuh dalam serangan itu.

Menurutnya, sebanyak 33 orang awam turut cedera dalam kejadian itu.

Jurucakap Kedutaan Britain yang enggan dinamakan, mengesahkan serangan terhadap kenderaan terbabit.

Seorang pengebom berani mati merempuh kereta berkenaan di timur Kabul yang mengakibatkan gegaran yang dapat dirasai dari jarak beberapa kilometer.

Lokasi berkenaan mempunyai banyak kediaman serta pejabat warga asing dan tentera antarabangsa.

Taliban mengakui bertanggungjawab bagi kejadian itu dalam satu kenyataan ringkas.

Sejak beberapa minggu lalu, pengebom berani mati menyasarkan konvoi tentera dan kediaman warga asing. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:06 AM