Maiamalina Mohamed Amin dan Izlaily Nurul Ain Hussein dan Zulfa Mohamad

Seberang Perai: Lebih tiga ratus jemaah memenuhi saf untuk bersama menjayakan program Sembang Subuh Santai di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal Pajak Song, hari ini.

Program itu adalah sebahagian Subuh Seramai Jumaat anjuran jawatankuasa masjid berkanan.

"Sebelum ini masjid hanya diisi warga emas tetapi pendekatan Masjid Pajak Song boleh menarik minat anak muda ke masjid," katanya.

Jemaah turut berpeluang bertanya terus kepada Faiz mengenai gol unik pada minit ke-62 yang dilakukannya pada pertemuan menentang Pahang, di Pulau Pinang, 16 Februari lalu.

Sementara itu, kira-kira 400 jemaah lelaki dan 200 jemaah wanita menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, JOHOR BAHRU.

Ia sebagai menyambut baik program Seluruh Malaysia Solat Subuh Berjemaah yang turut diadakan di semua masjid di negara ini.

Imam masjid, Al-Fadhil Hambali Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung program itu dan mendapati penduduk setempat tidak terlepas ke masjid menunaikan solat berjemaah.

"Kami sedia maklum berhubung program berkenaan dan kira-kira 600 jemaah hadir solat Subuh berjemaah di masjid pagi ini.

"Itu jumlah jemaah yang biasa kita terima namun saya percaya ia boleh ditingkatkan," katanya.

Di KOTA BHARU pula, program berterusan anjuran pengurusan Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, di sini pencetus kepada peningkatan jemaah ke masjid itu sejak tahun lalu.

Imam Tua Masjid berkenaan Ahmad Yunus berkata, secara purata 500 jemaah hadir untuk setiap waktu solat, manakala sekitar 400 orang pada Subuh.

"Kita sentiasa adakan program untuk kariah di sini dan juga kempen. Subuh tadi pun jemaahnya macam biasa dalam 400 orang.

"Kami tak tahu pun ada NGO yang buat kempen galak ke masjid di laman sosial, tapi saya percaya program begitu akan beri lebih galakan kepada umat Islam untuk imarahkan masjid," katanya.

Beliau juga menggalakkan pengurusan masjid untuk menjaga infrastruktur dan kebersihan di rumah Allah demi keselesaan jemaah untuk terus ke masjid.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 11:46 AM
KIRA-kira 200 umat Islam mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Rawatib, Ustaz Zulkifli Ismail selepas mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. FOTO Zaman Hudi Isa
KIRA-kira 200 umat Islam mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Rawatib, Ustaz Zulkifli Ismail selepas mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. FOTO Zaman Hudi Isa
UMAT Islam menyempurnakan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
UMAT Islam menyempurnakan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PENANG 19 MARCH 2016. Pemain bolasepak Pulau Pinang, Faiz Subri (kanan) menyampaikan ucapan pada program subuh seramai jumaat di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal Pajak Song, Seberang Perai Utara, Kepala Batas, semalam. NSTP/MIKAIL ONG

KUALA TERENGGANU 19 MARCH 2016. Sebahagian daripada jemaah solat subuh di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. NSTP/ASWADI ALIAS
KUALA TERENGGANU 19 MARCH 2016. Sebahagian daripada jemaah solat subuh di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. NSTP/ASWADI ALIAS