VIVIAN (kiri)  dan Khe Wei gagal tandingi kehebatan pasangan Thailand.
VIVIAN (kiri) dan Khe Wei gagal tandingi kehebatan pasangan Thailand.
myMetro

Kuala Lumpur: Pasangan beregu wanita utama negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei gagal mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland apabila kalah pada suku akhir semalam ketika bertemu wakil Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Vivian-Khe Wei yang diletakkan sebagai pilihan keempat tidak mampu untuk menandingi kehebatan pasangan Thailand itu apabila kalah straight set 16-21, 16-21 dalam aksi selama 43 minit di St Jakobshalle, Basel.

“Kami sudah cuba memberikan permainan terbaik, namun pasangan lawan sentiasa mampu untuk membalas semula pukulan selepas kami melakukan serangan. Ternyata mereka beraksi lebih baik berbanding kami hari ini (semalam),” kata Vivian kepada Arena Metro semalam.

Mereka kini sedang berusaha untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia bagi mencari slot ke Sukan Olimpik Rio 2016 Ogos ini.

Berdasarkan ranking dunia mereka berada di tangga ke-20 dan ke-13 untuk kedudukan ke Rio.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 5:24 AM