JUBAH daripada material como crepe tidak panas, tak jarang serta berat mampu beri penampilan menarik.
JUBAH daripada material como crepe tidak panas, tak jarang serta berat mampu beri penampilan menarik.
JUBAH daripada material como crepe tidak panas, tak jarang serta berat mampu beri penampilan menarik.
JUBAH daripada material como crepe tidak panas, tak jarang serta berat mampu beri penampilan menarik.
JUBAH daripada material como crepe tidak panas, tak jarang serta berat mampu beri penampilan menarik.
JUBAH daripada material como crepe tidak panas, tak jarang serta berat mampu beri penampilan menarik.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Pemakaian jubah atau abaya bukan asing buat Muslimah di negara ini. Malah, kreativiti pereka fesyen yang memberi sentuhan baru terserlah hinggakan jubah dilihat melalui proses transformasi yang ketara dan tidak terhad pada satu potongan saja.

Perkara itu diakui pemilik butik Aisyah Affandi, Siti Aisyah Iliyas yang turut sama mewarnai industri fesyen Muslimah dengan hasrat memberikan wanita negara ini pelbagai pilihan dalam berfesyen.

Katanya, fesyen kini sudah menjadi satu keperluan bagi setiap wanita di zaman ini dan apa yang paling penting ialah keselesaan, kecantikan dan syariat perlu seiring dalam berfesyen terutama dalam mengekalkan konsep menutup aurat dan mengikut peredaran zaman.

Selain itu, baginya pemilihan fabrik memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu rekaan kerana ia menentukan produk akhir dapat memberi keselesaan yang diinginkan pelanggan.

“Tercetus idea untuk menghasilkan jubah Ainiz ini kerana saya sangat meminati jubah yang menampakkan ilusi kurus dan tinggi bagi si pemakai, jadi sangat sukar mencari pakaian yang sebegitu di pasaran kerana ia dipengaruhi oleh jenis kain dan juga reka bentuk pakaian.

“Koleksi jubah ini menggunakan material como crepe yang tidak panas, tidak jarang, serta berat bagi menghasilkan kain jatuh terletak apabila dipakai dan ia juga menutup kekurangan pemakai yang mahu nampak kurus dan tinggi apabila mengenakan jubah,” katanya.

Siti Aisyah mengusahakan butik itu bersama suami, Izzad Affandi Mohd Nor sepenuhnya secara dalam talian dan nyata percubaan pertama mereka membuahkan hasil apabila mereka tidak menang tangan dengan sambutan yang diterima.

Katanya, terdapat juga banyak permintaan daripada pelanggan yang ingin menggayakan Jubah Ainiz sebagai pengapit pengantin dan produk itu biasanya dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Uniknya, setiap rekaan jubah mengutamakan konsep Muslimah serta berciri mesra menyusu bayi dan mesra wuduk.

Ini kerana katanya, dia sendiri mengalami kesukaran dalan mencari rekaan yang memudahkan ibu me­nyusu dan pada masa sama masih mengekalkan konsep Muslimah trendy dan moden.

“Sejarah penubuhan butik ini bermula dengan sikap saya yang suka membeli-belah pakaian secara dalam talian kerana kesukaran keluar membeli-belah selepas melahirkan anak pertama, kekangan masa untuk keluar, akhirnya mencetuskan idea apabila terasa seronok dan lebih mudah berurusan secara dalam talian.

“Saya dapat rasakan golongan ibu dan wanita yang berkerjaya mesti menghadapi masalah yang sama. Di situlah bermulanya saya dan suami perlahan-lahan memulakan perniagaan dengan menjual selendang rekaan dan jahitan sendiri,” katanya.

Jubah Ainiz direka dengan lebih ringkas dan moden namun membuatkan pemakai kelihatan lebih elegan. Lebih menarik, ia diserikan dengan manik besar di bahagian lengan tangan bagi menampakkan ciri feminin si pemakai.

Jubah itu juga didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu biru kelasi, merah hati, hitam, ungu, amber dan hijau yang pastinya menambah seri si pemakai dan juga koleksi ini juga membantu si pemakai untuk tampil dengan ilusi kurus dan lampai.

Warna berkenaan juga pilihan warna yang elegan dan santai serta setiap warna sesuai digayakan ke pelbagai majlis dan acara.

Untuk koleksi selendang pula, Aisyah berkata, dia mengunakan material yang berkualiti dan rekaannya sesuai digayakan di sebarang majlis serta lebih kepada konsep trendy dan Muslimah kerana setiap rekaan dihiasi dengan jahitan manik yang unik dan menarik.

Jubah Ainiz ditawarkan pada harga RM149 bersama hadiah istimewa dengan setiap pembelian.

Berkaitan perancangan masa depan katanya, mereka menjangkakan akan me­ngeluarkan rekaan terbaru setiap tiga bulan termasuk penghasilan blaus dan skirt.

Pelanggan boleh mendapatkan produk dari butik itu melalui laman Facebook Aisyah Affandi dan Instagram Siti Asyah Iliyas dan By Aisyah Affandi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 5:01 AM