ANGGOTA polis memeriksa keadaan mesin ATM. FOTO Mohd Hilmi Mahmud
ANGGOTA polis memeriksa keadaan mesin ATM. FOTO Mohd Hilmi Mahmud
Mohd Hilmi Mahmud


Bayan Lepas: Lelaki gagal memecahkan mesin ATM bank di Jalan Tun Dr Awang, di sini selepas tindakannya disedari anggota polis yang meronda kawasan berkenaan, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.20 pagi itu, suspek yang menaiki kereta putih masuk ke bank berkenaan lalu membaling mercun ke arah mesin ATM.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin ketika ditemui di lokasi berkata, suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Beliau berkata, rakaman CCTV itu mendapati suspek dilihat memecah mesin ATM sahaja dan tidak mengambil wang di dalam mesin berkenaan sebelum melarikan diri.

“Hasil siasatan awal mendapati hanya penutup mesin ATM sahaja yang diumpil dan tidak sempat mengambil wang di dalam mesin berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 9:19 AM