LELAKI 40-an cuba melarikan diri ditahan pegawai AADK. FOTO Amir Irsyad Omar
LELAKI 40-an cuba melarikan diri ditahan pegawai AADK. FOTO Amir Irsyad Omar
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Beberapa penagih bertempiaran lari selain ada yang terjun sungai sebaik menyedari 'port' mereka dalam hutan tepi Sungai Muda, di sini diserbu penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pagi tadi.

Serbuan sempena Ops Bakau itu membabitkan 50 penguatkuasa AADK Pulau Pinang dan AADK Seberang Prai Utara diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa Fadzil Alang.

Sebelum itu penguatkuasa AADK menyusup masuk ke dalam hutan seawal 4.30 pagi.

Selepas operasi selama empat jam dijalankan, lebih 20 penagih termasuk remaja perempuan 16 tahun ditahan.

Tindakan diambil mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 11:13 AM