SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir ke Majlis Perasmian Projek Pembangunan Forest City di Tanjung Kupang,Gelang Patah. FOTO Hairul Anuar Rahim
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir ke Majlis Perasmian Projek Pembangunan Forest City di Tanjung Kupang,Gelang Patah. FOTO Hairul Anuar Rahim
Rudy Fazrunisyam Samarudin


Johor Bahru: Rancangan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor diyakini merealisasikan negeri ini untuk muncul sebagai kuasa ekonomi utama negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, malah empat projek mega di Johor menjadi pemangkin ekonomi negara.

Katanya, empat projek itu Forest City, Keretapi Kelajuan Tinggi KL- Singapura, Landasan Berkembar Johor Bahru-Segamat dan Rapid Pengerang.

"Rancangan pembangunan yang dirancang membantu mengangkat martabat Johor ke peringkat lebih tinggi.

"Saya yakin cita-cita Johor untuk jadi kuasa ekonomi baharu negara akan dapat direalisasikan" katanya.

Perdana Menteri berucap merasmikan Rancangan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor (PPSJ) dan Rancangan Pembangunan Komprehensif II Iskandar Malaysia (CDPi) di Educity di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

PPSJ adalah bukti komitmen kerajaan Johor dalam menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Manakala CDPi adalah memastikan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia dapat direncanakan dengan strategik ke arah menjadi sebuah Metropolis Pintar (Smart City).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2016 @ 2:51 PM