Siapa yang tidak mahu memiliki rambut lebat, cantik dan sihat? Justeru, Redken Cerafill-94 diperkenalkan di pasaran bagi menangani pelbagai masalah rambut yang menyebabkan keguguran.

Rambut semakin menipis sering menjadi mimpi ngeri kepada ramai orang lantas produk ini hadir bagi menawarkan penyelesaian yang menggalakkan pertumbuhan rambut sihat jangka panjang dan membuatkan rambut tampil lebih lebat dengan pantas.

Dilengkapkan dengan bahan aktif, produk ini dapat menguatkan akar rambut, menjadikan setiap helai lebih tebal, menyuburkan kulit kepala dan memberi zat kepada rambut.

Rangkaian produk terdiri daripada dua sistem iaitu Defy khusus buat mereka yang memiliki rambut normal hingga menipis serta Retaliate bagi mereka yang mengalami masalah keguguran serius.

Ia juga dilengkapi dua rawatan terbaru iaitu Dense FX dan Texture Effect yang membantu rambut kelihatan lebih tebal dan lebat.

Produk ini juga sesuai digunakan bagi rambut yang diwarnakan atau dirawat secara kosmetik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 5:02 AM