Oleh Syafil Syazwan Jefri


Alor Setar: Hampir 300 pengunjung hadir ke pasar raya besar Mydin di Taman Saga dekat sini, dalam sesi ramah mesra bersama artis sempena Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's, malam ini.

Dalam program itu, lima artis terbabit ialah Maya Karin, Indah Ruhaila, Sandra dan kumpulan 6ixth Sense.

Antara aktiviti yang diadakan ialah kuiz, teka benda dan sesi autograf.

Indah berkata, dia selesa dengan layanan mesra pengunjung di lokasi pertama ini.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Saya rasa seronok dapat mendekati peminat di Alor Setar. Orang-orangnya mesra belaka dan saya sangat selesa," katanya.

Bagi penyanyi baru, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau, dia nyata teruja.

"Saya sangat teruja dengan penerimaan peminat di sini. Ramai peminat saya dalam kalangan kanak-kanak dan seronok dapat beramah mesra dengan mereka," katanya.

Selain perlbagai aktiviti menarik yang dijalankan, pengunjung juga berpeluang untuk bergambar bersama artis terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 10:49 PM
Indah Ruhaila, 6ixth sense & Sandra menceriakan Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro.
Indah Ruhaila, 6ixth sense & Sandra menceriakan Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro.