Ab Aziz  menunjukkan laporan keputusan SPM 2015. FOTO Syamsi Suhaimi
Ab Aziz menunjukkan laporan keputusan SPM 2015. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nadzirah Che Mud


Kota Bharu: Jumlah calon cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Kelantan meningkat 26 orang menjadi 340 calon, berbanding tahun sebelumnya.

Semua calon itu memperoleh Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala lima orang dinobatkan terbaik Kelantan.

Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Datuk Ab Aziz Abdullah berkata, secara keseluruhan 21,601 orang daripada 32,431 calon berdaftar lulus dan layak untuk memperoleh sijil.

"Ia meningkat sebanyak 0.92 peratus. Manakala, 24 sekolah lulus 100 peratus termasuk tiga sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), " katanya dalam sidang media, di sini.

Katanya, Gred Purata Negeri (GPN) adalah 5.03 menyamai pencapaian pada 2014, serta mengatasi Gred Purata Nasional.

Selain itu, 54 sekolah memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) baik, mengatasi GPN dan 68 sekolah menunjukkan peningkatan dengan GPS terbaik 1.84.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 11:32 AM