YANG Latifah (kanan) dibantu Marita  (tengah) dan rakan   mengasingkan biji dari isi kekabu.
YANG Latifah (kanan) dibantu Marita (tengah) dan rakan mengasingkan biji dari isi kekabu.
BUAH kekabu yang muda berwarna hijau.
BUAH kekabu yang muda berwarna hijau.
MARITA menunjukkan buah kekabu yang sudah tua dan berwarna coklat dan mula merekah.
MARITA menunjukkan buah kekabu yang sudah tua dan berwarna coklat dan mula merekah.
Oleh Murniyantie Musa


Ipoh: Kekabu yang bersifat sejuk, memerangkap haba dan tidak mengandungi bahan kimia mempunyai peminatnya tersendiri dan kebanyakan pengguna gemar menjadikan tumbuhan itu sebagai tilam, bantal dan anak patung.

Pokok kekabu atau nama saintifiknya Ceiba Pentandra adalah sejenis tumbuhan yang hidup secara meliar di beberapa kawasan di negara ini serta beberapa kawasan tropika lain di dunia.

Mungkin generasi muda kini kurang mengenali tumbuhan ini kerana kegunaannya yang semakin berkurangan dalam kehidupan namun masih ada memilih cara tradisional ini.

Di sebalik keselesaan dan kelembutan bantal kekabu, ia menjadi punca rezeki kepada pengusahanya kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Yang Latifah Yang, 58, menghabiskan rutin sehariannya lebih 10 tahun dengan mengutip dan memproses kekabu berkata, permintaan kekabu sentiasa ada walaupun berdepan kesukaran mendapatkan bahan itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 8:32 AM