Anggota JPAM mencari dua tedung selar seperti dilaporkan penduduk dan telur reptilia itu yang ditemui. FOTO Nur Ain Musdad
Anggota JPAM mencari dua tedung selar seperti dilaporkan penduduk dan telur reptilia itu yang ditemui. FOTO Nur Ain Musdad
Nur Ain Musdad


Jasin: Penduduk Kampung Solok Paya Kundang, Tehel, Jasin, gempar selepas dua penduduk terserempak dengan dua ular tedung selar dan menemui 12 biji telur reptilia itu, di tepi jalan, 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan, Rahim Selamat berkata, mereka menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu menangkap reptilia berbisa itu.

"Bagaimanapun, reptilia itu gagal dikesan. Tidak lama selepas anggota bomba pulang penduduk mendakwa melihat reptilia itu berkeliaran di kawasan sama, risau dengan keselamatan penduduk kami menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menangkap reptilia itu," katanya.

Katanya, telur ditemui tidak dialihkan sebaliknya dijadikan umpan kerana reptilia itu akan kembali semula ke sarangnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 8:23 PM