Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim (tiga,kanan) dan Pengarah JBPM Negeri Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin (dua,kanan) melihat kawasan persimpangan lampu isyarat Kampung Tanjung Pasir yang kini sudah bersih ketika melakukan tinjauan Jumaat lalu. - Foto Bernama

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Bertindak Bauksit Felda Bukit Goh Datuk Dr Abdul Wahid Manap (kiri) memberi penerangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung isu bauksit di Felda Bukit Goh hari ini. - Foto Bernama

Kawasan perlombongan bauksit yang ditinggalkan di Felda Bukit Goh kelihatan gersang dengan tanah merah. - Foto Bernama
Kawasan perlombongan bauksit yang ditinggalkan di Felda Bukit Goh kelihatan gersang dengan tanah merah. - Foto Bernama
BERNAMA

Kuantan: Jawatankuasa Penyelaras Bertindak Bauksit Bukit Goh di sini, meminta peneroka yang berdepan masalah berkaitan perjanjian pajakan tanah dan merasa mereka ditipu berhubung perkara itu, supaya tampil membuat aduan kepada jawatankuasa itu.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Wahid Manap berkata, tindakan itu memudahkan pihaknya mengenal pasti peneroka yang ditipu pengusaha bauksit haram, sekali gus dapat menghulurkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban mereka.

"Kita tahu ramai kena tipu dengan pengusaha bauksit, namun tidak ramai yang tampil beritahu kita. Peneroka yang datang minta bantuan kita hanya tiga orang.

"Masalah peneroka ini dapat kita selesaikan," katanya selepas bertemu wakil beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Abdul Wahid berkata penubuhan jawatankuasa itu tidak mempunyai kepentingan tertentu kerana ia ditubuhkan khusus bagi membantu peneroka yang dengan isu perlombongan bauksit.

Dalam pada itu, Abdul Wahid berkata kos yang diperlukan untuk menanam semula kelapa sawit di setiap 10 ekar tanah yang dikorek bagi perlombongan bauksit, dianggarkan RM40,000.

“Namun, ia tidak termasuk kos meratakan semula tanah yang dikorek," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 8:48 PM