Yen Mei Ho beraksi ketika berdepan pemain Ratchanok Intanon dari Thailand. FOTO AFP
Yen Mei Ho beraksi ketika berdepan pemain Ratchanok Intanon dari Thailand. FOTO AFP
Reaksi Iskandar meraikan kejayaan bersama jurulatih Morten Frost. FOTO AFP
Reaksi Iskandar meraikan kejayaan bersama jurulatih Morten Frost. FOTO AFP
Iskandar Zulkarnain Zainuddin menewaskan Takuma Ueda dari Jepun dengan keputusan 17-21, 21-14, 21-17.FOTO AFP
Iskandar Zulkarnain Zainuddin menewaskan Takuma Ueda dari Jepun dengan keputusan 17-21, 21-14, 21-17.FOTO AFP
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Kedua-dua pasukan lelaki dan wanita gagal layak secara merit ke Piala Thomas dan Uber di Kunshan, China pada 15 hingga 22 Mei ini selepas masing-masing kalah dalam aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Hyderabad sebentar tadi.

Skuad lelaki negara kalah kepada tuan rumah 2-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup GMC Balayogi, manakala pasukan wanita pula tumpas 0-3 di tangan Thailand.

Bagaimanapun, skuad lelaki masih mempunyai peluang untuk mara ke Piala Thomas kerana tiga slot ditawarkan untuk zon Asia berdasarkan ranking dunia (berpasukan).

Penyandang juara, Jepun dan tuan rumah, China sudah layak secara automatik, manakala empat lagi slot diambil kira berdasarkan empat pasukan terbaik di kejohanan ini.

Pasukan wanita pula mempunyai peluang tipis dan perlu menunggu ranking dunia pada April depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 8:13 PM