Alwi ketika sidang media di Putrajaya, hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Alwi ketika sidang media di Putrajaya, hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Majikan yang menyertai Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang bermula hari ini tidak akan didakwa, tetapi dikenakan denda sebanyak RM800 setiap pekerja, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Menurutnya, program ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memberi peluang kepada pekerja asing didaftarkan secara sah.

"Mengikut undang-undang, majikan yang menggaji PATI perlu didakwa dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.

"Tetapi, menerusi program ini, mereka dikecualikan dari didakwa, selain mendapat pekerja yang sudah mahir dan biasa bekerja dengan mereka,"katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Alwi berkata, kos keseluruhan pengambila pekerja melaluiprogram ini juga lebih murah iaitu sekitar RM4,000 berbanding lebih RM10,00 jika diambil melalui ejen.

Program selama tiga bulan sehingga 31 Disember ini yang dilakukan secara dalam talian bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan, akan dipantau ketat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 3:44 PM