FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
BERNAMA

LOS ANGELES: Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan rakyat Malaysia ketika mengadakan perjumpaan dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Rumah Malaysia, Sabtu.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Los Angeles, Sunnylands dan San Francisco di Amerika Syarikat (AS) hingga 17 Feb ini.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengundang pemimpin-pemimpin daripada negara-negara kecil yang terletak kira-kira 14,000km jauhnya untuk mengadakan mesyuarat dengan mereka sahaja.

Obama melakukan itu buat pertama kalinya dengan mengundang 10 pemimpin dari Asia Tenggara termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri Sidang Kemuncak Amerika Syarikat-ASEAN di Sunnylands, dua jam perjalanan dengan kenderaan dari bandar raya ini.

Obama, pada mesyuarat Amerika Syarikat-ASEAN pada November di Kuala Lumpur, berkata, beliau telah memperkukuhkan lagi kerjasama Amerika dengan ASEAN kerana ASEAN yang bersatu, bersepadu dan efektif yang terletak di tengah-tengah Asia merupakan satu kuasa bagi kestabilan, kemakmuran dan keamanan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 12:09 PM