LOGITECH G810 Orion Spectrum.
LOGITECH G810 Orion Spectrum.

Satu lagi papan kekunci khas untuk kaki game diperkenalkan Logitech iaitu model G810 Orion Spectrum yang mempunyai lampu khas pada butangnya.

G810 Orion Spectrum menggunakan kekunci mekanikal Romer-G yang dikatakan 25 peratus lebih pantas berbanding butang mekanikal biasa dengan lampu RGB yang boleh diubah suai serta butang kekunci media khas.

Ia dipasangkan bersama perisian Logitech Gaming Software (LGS) yang membolehkan pengguna boleh menetapkan setiap satu butang kekunci dengan warna lampu sendiri.

INFO

LOGITECH G810 ORION SPECTRUM

- Harga: RM799

- Tetapan lampu: Untuk 300 jenis game

- Butang kekunci khas media: Kawalan muzik dan video (Play, Pause, Stop)

- Perisian: LGS

- Fizikal: Tiga sudut darjah berbeza untuk keselesaan (0, 4, 8)

- Jaminan: 2 tahun

- Keperluan OS: WindowsÆ 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7

- Sambungan: USB

- Dimensi: 153 x 443.5 x 34.3mm

- Berat: 1.18kg

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:01 AM