PENDUDUK mengharungi air limpahan longkang besar akibat hujan lebat di Segamat pada 6 Februari lalu. FOTO Ahmad Ismail
PENDUDUK mengharungi air limpahan longkang besar akibat hujan lebat di Segamat pada 6 Februari lalu. FOTO Ahmad Ismail
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Mangsa banjir di Johor menurun kepada 133 orang membabitkan 34 keluarga pada 12 tengah hari berbanding 135 orang, pagi tadi.

Semua mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Tangkak dan Segamat dekat sini.

Pusat pemindahan sementara di Balairaya Kampung Awat, Gemas dekat Segamat mencatatkan pengurangan dua orang mangsa membabitkan satu keluarga.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor, Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata, pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Tialang dan Sekolah Agama Bandar Tangkak dekat sini, masih menempatkan bilangan mangsa 104 orang membabitkan 27 keluarga.

"Pusat pemindahan sementara di SK Spang Loi, Buloh Kasap dekat Segamat pula masih menempatkan 10 mangsa membabtkan dua keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 2:36 PM