FOTO Che Rani Che Din
FOTO Che Rani Che Din
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Hujan lebat berterusan sejak pagi semalam tidak menghalang masyarakat berbilang kaum di negeri ini menyambut Tahun Baru Cina dengan meriah.

Sejak jam 9 pagi, orang ramai mula memenuhi dewan Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui di sini, untuk menghadiri majlis rumah terbuka SUPP.

Walaupun hujan, tradisi persembahan tarian singa tetap diteruskan bagi menyambut ketibaan Yang di-Pertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Ketibaan tetamu kenamaan di majlis itu disambut Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama pada rumah terbuka, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu serta Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan menteri kabinet negeri.

Taib serta Adenan meluangkan masa kira-kira sejam di rumah terbuka itu sebelum meninggalkan majlis untuk pergi ke rumah seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 1:03 PM