FOTO Agensi
FOTO Agensi
Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian gempa bumi 6.4 magnitud yang menggegar Taiwan awal pagi ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Namun, katanya, Kementerian Luar Negeri akan teruskan pemantauan dan memberikan maklumat sewajarnya.

Rakyat Malaysia yang berada di Taiwan juga dinasihatkan sentiasa berkomunikasi dengan pejabat kementerian di sana dan mematuhi segala arahan serta nasihat keselamatan pihak berkuasa di Taiwan.

Gempa bumi itu melanda pada kira-kira 4 pagi waktu tempatan, 39 kilometer timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu dan juga pelabuhan penting.

Sementara itu, menurut CNN, sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam gempa itu, mengikut kata Pusat Maklumat Bencana Taiwan.

Menurut agensi berita rasmi Taiwan, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan lelaki 40-an adalah antara yang terkorban di Tainan.

Lebih 150 warga Tainan dirawat di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 11:43 AM