Manjung: Sebanyak 27,000 anak ayam mati selepas sebuah reban ayam hangus terbakar di Jalan Pasir Panjang, Batu 10, Segari, dekat sini, pagi tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.47 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai dengan bantuan BBP Sitiawan dan BBP Seri Manjung ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di tempat kejadian reban ayam jenis kayu itu sudah terbakar 60 peratus.
"Operasi memadam mengambil masa lebih tiga jam dan tamat pada 9.11 pagi. Sebanyak 70 peratus bahagian reban ayam musnah dalam kebakaran itu," katanya.
Menurutnya, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.