Anggota bomba memadamkan kebakaran kandang kambing di Lorong Datuk Anuar Musa 3, Kampung Pinang Seberang, Kamunting, malam tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran kandang kambing di Lorong Datuk Anuar Musa 3, Kampung Pinang Seberang, Kamunting, malam tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Yahya Awang


Taiping : Dua puluh kambing milik seorang penduduk di Lorong Datuk Anuar Musa 3, Kampung Pinang Seberang, Kamunting, dekat sini, rentung apabila kandang haiwan ternakan itu terbakar dalam kejadian jam 11.20 malam tadi.

Pegawai Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum segera ke tempat kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian api marak membakar kandang berkenaan sebelum berjaya dikawal dan dipadam hampir satu jam kemudian.

"Kira-kira 90 peratus kandang kambing berkenaan musnah terbakar menyebabkan 20 kambing mati,"katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 10:41 AM