SITI Hazira menerima ciuman daripada ibunya, Rosilawati selepas menerima Anugerah Akademik sambil diperhatikan bapanya, Haridan.
SITI Hazira menerima ciuman daripada ibunya, Rosilawati selepas menerima Anugerah Akademik sambil diperhatikan bapanya, Haridan.

Syukur berganda. Itulah yang diungkapkan Laskar Kelas 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Siti Hazira Haridan, 27, selepas terpilih menerima Anugerah Akademik selain Diploma Seni Kulinari pada Majlis Konvokesyen ke-18 Management & Science University (MSU), minggu lalu.

Beliau yang bertugas di KD Sultan Idris 1 Pangkalan TLDM Lumut cukup terharu kerana tidak pernah menyangka akan menerima anugerah itu.

Saya tidak sangka akan terima anugerah ini dan belajar sama seperti rakan yang lain yang turut mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

“Kebiasaannya setiap hari saya menghadiri kuliah selama lapan jam. Saya juga memperuntukkan dua jam untuk mengulang kaji di dalam bilik sama ada secara bersendirian atau dengan kawan.

“Selepas dapat keputusan SPM, saya terus mendapat tawaran menyertai anggota TLDM. Saya bersyukur diberi peluang untuk belajar walaupun sudah bekerja,” katanya.

Turut hadir menemani pada hari bersejarah itu ialah ibunya Rosilawati Hassan, 51, bapa Haridan Mansor, 48, serta dua adiknya.

Rosilawati yang gembira dengan kejayaan Siti Hazira berharap ia dapat memberi inspirasi dan dorongan kepada adik-adiknya yang masih bersekolah.

“Saya harap kejayaan cemerlangnya dapat memberi dorongan kepada adik-adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 6:36 AM