AHMAD Zakaria (dua kiri) meninjau pokok kurma yang diancam kumbang merah. FOTO Muhd Faris Zainuldin
AHMAD Zakaria (dua kiri) meninjau pokok kurma yang diancam kumbang merah. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Siti Nadzirah Che Mud


Pasir Puteh: Semua pengusaha nurseri dan peladang Malaysia dilarang mengimport benih palma khususnya pokok kurma dari negara luar berikutan ancaman kumbang merah.

Ancaman haiwan perosak itu ketika ini semakin menular dan disifatkan sebagai pembunuh dalam senyap.

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata, ia sangat berisiko ke atas tanaman sawit selain kelapa.

"Kita mengesan ancaman kumbang merah menerusi spesis plama terutama pokok kurma yang dibawa masuk dari luar, terutama negara jiran secara tidak sah dan tiada kelulusan.

"Kami sedang giat membendung ancaman ini dan sudahpun mengeluarkan surat menghentikan pengeluaran pokok kurma," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya setahun diperlukan untuk memulihkan ancaman itu sepenuhnya.

Terdahulu, Ahmad Zakaria melawat lokasi tanaman pokok kurma di Sekolah Menengah Agama (SMA) Madinatul Ilmi, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2016 @ 3:17 PM