FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Puchong: Seorang warga emas berusia 65 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung rumahnya di Bandar Kinrara, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa, Chan Siew Law terjatuh ketika sedang membaiki bumbung rumah yang rosak.

Penolong Pengarah Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

"Kerja-kerja membawa turun mangsa sedang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Puchong.

"Mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 7:54 PM