FOTO Mohd Azren Jamaludin
FOTO Mohd Azren Jamaludin
FOTO Mohd Azren Jamaludin
FOTO Mohd Azren Jamaludin
FOTO Mohd Azren Jamaludin
FOTO Mohd Azren Jamaludin
FOTO Mohd Azren Jamaludin
FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Polis Johor melancarkan Operasi Bersepadu, di depan Istana Bukit Serene, di sini, awal pagi ini.

Operasi itu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Ketua Turus Jabatan Kententeraman Awam dan Trafik Johor, Superintendan Baharuddin Md Taib, berkata ops bertujuan bagi menangani kegiatan yang menyalahi peraturan dan undang undang.

Katanya, antara aspek diberi tumpuan termasuk cukai jalan tamat tempoh, kenderaan klon, pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran selain ujian air kencing bagi mengesan pesalah kes dadah.

"Operasi ini diadakan bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri ini dan selaras dengan hasrat Ketua Polis Johor," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, di sini, hari ini.

Katanya, jalan di sepanjang Pantai Lido dan Danga Bay itu sering digunakan oleh mat rempit untuk berlumba haram hingga mendatangkan gangguan terhadap penduduk sekitar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 11:05 AM