WAN Junaidi ketika berucap. FOTO Hayati Ibrahim
WAN Junaidi ketika berucap. FOTO Hayati Ibrahim
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan membentangkan pindaan terhadap tiga akta dibawah kementerian itu pada sesi Parlimen bermula April ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, akta berkenaan adalah Kanun Tanah Negara 1965; Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Hakmilik Strata 1985.

"Pindaan itu perlu dibuat kerana banyak undang-undang dalam kementerian sudah berusia antara 30 hingga 40 tahun dan sudah tidak relevan pada masa kini.

"Jadi pindaan ini amat perlu untuk menangani masalah yang timbul ketika ini dan ia diharap akan membantu kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan pengurusan tanah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, pihaknya juga sedang membuat semakan semula terhadap beberapa undang-undang lain termasuk mengenai Dasar Air Negara, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan biodiversiti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 2:07 PM