ADENAN merakam kenangan bersama penulis buku "Anak Kampong" Datuk Lily Yong (empat kanan) di Majlis Perasmian buku Anak Kampung. FOTO Nadim Bokhari
ADENAN merakam kenangan bersama penulis buku "Anak Kampong" Datuk Lily Yong (empat kanan) di Majlis Perasmian buku Anak Kampung. FOTO Nadim Bokhari
Abd Rahman Adam


Kuching: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak menafikan kemungkinan berlaku pertukaran kerusi ditandingi dalam kalangan beberapa parti komponennya menjelang Pilihan Raya Negeri Ke- 11 (PRN-11).

Beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, perbincangan membabitkan mekanisme pembahagian kerusi masih dilakukan dengan semangat keharmonian yang menjadi teras kekuatan BN di negeri ini.

Katanya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak mempunyai sebarang masalah, namun ada sedikit kesukaran dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

"Semuanya masih dalam proses rundingan, namun saya tidak menolak melalui laluan sukar bagi mendapatkan konsesus pembahagian kerusi terutama membabitkan SPDP dengan TERAS, dan SUPP dan UPP.

"Sekiranya anda berada di tempat saya, pastinya situasi antara parti berkenaan menyulitkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku 'Anak Kampung' di sini, hari ini.

TERAS adalah parti serpihan SPDP yang kini diketuai oleh bekas Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom, manakala UPP adalah parti serpihan SUPP yang diasaskan Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Wong Soon Koh.

TERAS dan UPP sebelum ini sudah berulang kali mengumumkan parti masing-masing adalah mesra BN Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 1:36 PM