ANTARA peneroka yang mendakwa ditipu pengusaha bauksit.
ANTARA peneroka yang mendakwa ditipu pengusaha bauksit.
Oleh Mohd Fauzi Abdullah


Kuantan: “Mereka semua (peneroka) tahu yang kegiatan (perlombongan) bauksit di sini haram, jadi jika apa-apa berlaku kena tanggung sendiri,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) FELDA Bukit Goh, Mat Zahari Deraman berhubung dakwaan ada peneroka ditipu selepas tanah mereka dipajak bagi tujuan perlombongan mineral itu.

Mat Zahari berkata, peneroka di FELDA berkenaan sedia maklum kegiatan perlombongan oleh pengusaha di atas tanah milik mereka dijalankan tanpa lesen sah daripada kerajaan negeri.

“Jadi, jika berlaku perkara seperti ini (ditipu), kita (pihak pengurusan FELDA) pun tidak boleh buat apa-apa, itu atas hak mereka sendiri yang berunding dengan pelombong berkenaan, risiko tanggung sendiri.

“Sepatutnya, mereka merujuk kepada saya atau pengurusan FELDA di sini terlebih dulu sebelum menerima tawaran pelombong,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, dia turut tidak menolak kemungkinan ada segelintir peneroka sengaja mereka cerita mendakwa ditipu, namun sebaliknya berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:45 AM