INNOVIA Metro 300 yang dijangka beroperasi Mei ini. FOTO Na'imah Mohamed
INNOVIA Metro 300 yang dijangka beroperasi Mei ini. FOTO Na'imah Mohamed
Na'imah Mohamed


Pelabuhan Klang: Pengguna pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) akan menikmati perjalanan lebih selesa dengan adanya tren baru INNOVIA Metro 300 yang dijangka beroperasi Mei ini.

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam berkata, sebanyak 14 tren dalam proses pembuatan oleh Konsortium Bombardier Hartasuma yang dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun depan.

"Prasarana membelanjakan RM577.6 juta untuk pembikinan 14 gerabak tren berkenaan.

"Antara kelebihan tren ini ialah ia beroperasi dengan lebih senyap dan selesa berbanding tren sebelum ini.

"Selain itu kos operasinya juga rendah berbanding sebelum ini," katanya ditemui pada Majlis Pengenalan Tren LRT Baru di Pusat Pemasangan Hartasuma di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pengenalan INNOVIA Metro 300 itu adalah bagi menyokong Projek Penyambungan Jajaran LRT untuk laluan Kelana Jaya membabitkan penyambungan ke Putra Heights.

Laluan tambahan itu akan menyediakan perkhidmatan ke kawasan Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie Shah Alam, USJ dan Subang Jaya yang akan beroperasi 31 Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 3:27 PM