ANTARA barang yang dirampas. FOTO Ayusliza Azizan
ANTARA barang yang dirampas. FOTO Ayusliza Azizan
Oleh Ayusliza Azizan


Shah Alam: Suami isteri dan seorang lelaki ditahan polis kerana terbabit dalam sindiket memalsukan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital kerajaan dalam dua serbuan berbeza pada Rabu lalu.

Ketiga-tiga supek berusia antara 30 hingga 40 tahun itu didapati menjual sijil cuti sakit berkenaan kepada orang tertentu saja pada harga antara RM30 hingga RM100 sekeping.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Mohd Sakri Arifin berkata, pihaknya bertindak atas laporan syarikat swasta yang mendapati sijil cuti sakit pekerjanya yang terpaksa bercuti selama 14 hari menimbulkan curiga.

"Hasil siastan polis berjaya menahan suami isteri di kediamannya di Dengkil kira-kira 12 tengah hari manakala seorang lelaki dipercayai dalang sindiket berkenaan ditahan di pangsapuri di Gombak.

"Hasil siasatan, polis merampas 100 keping cop yang menggunakan nama doktor yang memang wujud dan lebih 600 keping sijil cuti sakit palsu, resit hospital bersama slip masa ditemui," katanya.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga 17 Januari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 468 dan 472 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan dokumen cuti sakit dan memalsukan dokumen yang mempunyai cagaran berharga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 6:42 PM