KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis
KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Lelaki berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas dan berlanggar dengan lori pasir di Kilometer 4, Jalan Sungai Sayong-Bandar Tenggara, Kota Tinggi dekat sini, 7.30 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa, Rashidi Mishardi memandu seorang diri dari Kulai menghala ke Bandar Tenggar dekat sini, sebelum termasuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori muatan pasir yang menghala ke Kulai.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manaka pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 4:03 PM