Negeri yang terbabit pertukaran khas.
Negeri yang terbabit pertukaran khas.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Pendidikan mengumumkan untuk meluaskan permohonan pertukaran khas guru kepada beberapa negeri lain berbanding hanya Sarawak dan Sabah seperti diumumkan semalam.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Khair Mohamad Yusof berkata, permohonan khas dibuka pada 15 hingga 25 Januari ini namun, pertukaran itu hanya babitkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Pinang dan Perlis bagi guru sekolah menengah, manakala Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bagi guru sekolah rendah.

Beliau berkata, menerusi permohonan itu, guru yang layak boleh memohon terutama yang terpisah dengan pasangan masing-masing.

"Sebanyak 1,848 permohonan pertukaran guru duka lara diluluskan bagi penempatan awal Januari lalu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan sesi permohonan pertukaran guru yang dibuka pada 15 hingga 25 Januari hanya babitkan guru di Sarawak dan Sabah sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 5:20 PM