JAMIL Bidin
JAMIL Bidin
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC), menjangkakan industri halal Malaysia akan terus berkembang melebihi 30 peratus menerusi pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, pasaran halal global melebihi RM7 trilion setahun dan nilai eksport produk halal Malaysia bagi sembilan bulan 2015 merekodkan jumlah RM31.1 bilion.

"Kami yakin menerusi TPPA nanti akan mengalami lonjakan besar jauh melebihi 30 peratus yang direkodkan tahun lalu jika dibandingkan perdagangan industri halal hanya mencatatkan pertumbuhan sekitar lima peratus setahun.

"Destinasi perdagangan industri halal negara kini memang diterajui pasaran negara bukan Islam. Justeru, pengecualian yang diberikan untuk produk halal dalam TPPA akan memudahkan lagi akses pasaran ke negara peserta," katanya kepada media selepas lawatan turun padang MITI di kilang Kumpulan Ramly di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 3:46 PM