MAHDZIR ketika berucap di majlis Perutusan Tahun Baharu 2016. FOTO Mohd Fadli Hamzah
MAHDZIR ketika berucap di majlis Perutusan Tahun Baharu 2016. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Pendidikan membuka kembali sesi permohonan khas pertukaran bagi guru yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak bermula 15 hingga 25 Januari ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesi khas permohonan itu dilakukan khusus buat guru yang berjauhan dari suami atau isteri yang berada di Semenanjung.

"Usaha itu dilakukan itu bertujuan mengharmonikan sistem perguruan di sekolah dan menghilangkan duka lara guru yang berjauhan dengan pasangan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 2:58 PM