Oleh Zuliaty Zulkifli


Kuala Nerang: Seramai 10 murid pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Tualak, Kuala Nerang terpaksa menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang sejak malam semalam akibat keracunan makanan selepas mengalami muntah, demam, cirit-birit dan sakit perut.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun itu menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang kira-kira 11 malam dengan tujuh daripadanya ditahan di wad, manakala tiga lagi dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, setakat 5 petang tadi, hanya enam yang masih ditahan di wad kerana masih lemah, namun stabil.

“Sisatan mendapati seramai 50 murid makan nasi goreng di kantin sekolah namun hanya 16 murid mengalami gejala itu di mana 10 daripadanya menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang.

“Siasatan awal Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap mengesyaki keracunan makanan berpunca daripada daging yang digunakan untuk bahan masakan nasi goreng,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 7:53 PM
Sebahagian murid pra sekolah yang menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Kuala Nerang akibat keracunan makanan. FOTO Danial Noordin
Sebahagian murid pra sekolah yang menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Kuala Nerang akibat keracunan makanan. FOTO Danial Noordin