KEDIAMAN penduduk di Segamat yang dinaiki air, Sabtu lalu. FOTO arkib NSTP Ahmad Ismail
KEDIAMAN penduduk di Segamat yang dinaiki air, Sabtu lalu. FOTO arkib NSTP Ahmad Ismail
Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Pusat pemindahan banjir di Kampung Batu Badak yang sebelum ini menempatkan 25 mangsa ditutup hari ini.

Ketua Kampung Batu Badak, Mohsin Ahmad berkata,semua empat keluarga membabitkan 17 mangsa terakhir dibenarkan pulang ke kediaman mereka di Kampung Seberang Batu Badak Segamat kira-kira 9 pagi tadi.

Katanya, kediaman mangsa banjir yangg di genangi air bah dari Sungai Muar di Segamat sejak Sabtu lalu sedalam kira-kira satu meter sudah surut sepenuhnya.

Bagaimanapun, mangsa banjir dinasihati sentiasa peka dengan cuaca semasa yang tidak menentu dan bersedia dengan sebarang kemungkinan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 1:41 PM