OPERASI mencari mangsa yang hilang di perairan Pulau Bidan diteruskan seawal 7.30 pagi.
OPERASI mencari mangsa yang hilang di perairan Pulau Bidan diteruskan seawal 7.30 pagi.
Oleh Nur Syazwana Mansor


Yan: Usaha mencari dan menyelamat mangsa Yamim Mohd Yasin, 22, yang hilang di perairan Pulau Bidan ketika pulang dari memancing diteruskan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama Polis Marin, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Yan selain turut mendapat bantuan nelayan berdekatan.

Komander Operasi Maritim, Leftenan Madya MaritimMeor Hamzah Badri Shah berkata, operasi pencarian dimulakan seawal 7.30 pagi tadi dengan kekuatan sembilan anggota APMM, enam anggota PPDA, 16 anggota JPAM, empat anggota polis dan 20 nelayan.

Katanya, tumpuan kawasan pencarian pada jarak satu batu nautika tenggara Pulau Bidan iaitu berdekatan kawasan mangsa dipercayai terjatuh.

"Bagaimanapun, keadaan angin dan ombak kuat menyukarkan usaha mencari dilakukan dan kemungkinan terpaksa ditangguhkan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan," katanya ketika ditemui di pusat operasi di Kuala Sungai Udang, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 12:40 PM